Islamic Widget

Tuesday, July 27, 2010

LATAR BELAKANG SEKOLAH


Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1940-an. Peringkat awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Lalang sesi petang. Pada masa yang sama juga, penduduk kampung bergotong-royong membina bangunan sementara di atas tapak tanah milik Puan Hajjah Mainunah Binti Sulaiman.

Kemudian, pada era tahun 1980-an, sekolah ini menumpang semula di Sekolah Kebangsaan Seri Lalang sesi petang kerana bangunan sementara telah uzur. Sehingga tahun 1987, bangunan yang ada sekarang ini mula dibina oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ). Penyerahan kunci dilakukan oleh Encik Rahman Bin Abdullah dari Jabatan Agama Johor. Bangunan yang baru ini mempunyai :-

1. Satu Bilik Pentadbiran

2. Satu Dewan

3. Satu Tandas Murid Lelaki

4. Satu Tandas Murid Perempuan

5. Satu Tandas Guru Lelaki

6. Satu Tandas Guru Perempuan

7. Dua Bilik Wuduk Lelaki Dan Perempuan

8. Satu Bilik Solat

9. Tujuh Bilik Darjah

10. Satu Kantin

11. Satu Garaj Kereta.

Pada awal pembukaan, sekolah ini menampung murid darjah 1 hingga 4 manakala murid darjah 5 dan 6 belajar di Sekolah Agama Bandar Kluang. Apabila berlaku pertambahan murid, tahun 5 dan 6 diwujudkan di sekolah ini. Jumlah keseluruhan murid darjah 1 hingga 6 di antara 400 hingga 500 orang.

Pada tahun 2001-2002, satu kelas dijadikan bilik darjah Tadika Agama Johor. Satu lagi kelas dijadikan bilik guru dan bilik mesyuarat. Sekolah ini dinaikkan taraf ke gred B dengan jumlah murid lebih kurang 884 orang. Sekolah ini juga telah dinaikkan taraf prasarana dengan mengadakan sanggar ilmu dan menyediakan kemudahan rehat dengan simen ferro. Pada awal tahun 2002, Darjah Khas ditubuhkan dan jumlah murid pada masa itu adalah seramai 33 orang sahaja.

Pada tahun 2006, sekolah ini dianggotai oleh 15 orang guru terdiri 8 orang guru sesi pagi dan 7 orang guru sesi petang termasuk guru besar. Jumlah murid seramai 648 orang termasuk murid Tadika Agama Johor seramai 27 orang.

Pada tahun 2008, sekolah ini dianggotai oleh 12 orang guru dan jumlah murid adalah seramai 547 orang, Tadika Agama Johor pula seramai 30 orang dan Darjah Khas pula seramai 58 orang. Pada Mac 2008, sekolah ini diberi seorang Pembantu Tadbir kerana sekolah gred A dan gred B layak untuk menerimanya.

Pada tahun 2009 sehingga kini, sekolah ini mempunyai 13 orang guru iaitu 6 orang sesi pagi dan 7 orang sesi petang termasuk guru besar dan seorang Pembantu Tadbir. Tahun 2009, jumlah murid adalah seramai 516 orang murid. Tadika Agama Johor mempunyai seramai 37 orang murid manakala Darjah Khas mempunyai 53 orang murid. Kini, jumlah murid adalah seramai 487 orang murid. Tadika Agama Johor mempunyai seramai 21 orang murid manakala Darjah Khas mempunyai 53 orang murid.

Bilik guru dan bilik pentadbiran disatukan dan bilik guru yang lama dijadikan bilik solat. Manakala bilik solat yang lama dijadikan bilik pusat sumber dan bilik darjah Tadika Agama Johor. Bilik darjah yang ada adalah sebanyak 6 buah kelas termasuk dewan yang digunakan sebagai bilik darjah.

No comments:

Post a Comment